TunDr. Mahathir bertanggungjawab membangunkan negara Malaysia di bawah Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) sehingga Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005). Beliau juga telah memperkenalkan pelbagai dasar seperti Dasar Pandang Ke timur (1982), Dasar 70 Juta Penduduk (1982), dan Dasar Penswastaan (1883).
Manusiamanusia Paling Misterius di Indonesia book. Read 4 reviews from the world's largest community for readers. Gajah Mada, sang Mahapatih Majapahit y
NamaHang Tuah pula diabadikan dimerata-rata tempat di segenap pelusuk Nusantara. Antaranya, di Surabaya Indonesia sebuah univertisiti terkemuka dinamakan dengan Universitas Hang Tuah. Di Pattani Thailand pula terdapat sebuah masjid yang dikenali dengan nama Masjid Krisik Hang Tuah. Malangnya, masih kurang (bukan tak ada, tapi sedikit) Melayu
EPROCEEDINGS International Conference on Sustainability, Humanities and Civilization (ICSHAC 2018
LaksamanaHang Tuah sentiasa dekat di hati kita. Dan jika benar makamnya di Bandar Maharani Muar, tentulah ia sesuatu yang di luar jangka. MOHD AZLAN MOHD SHARIF ialah anggota jawatankuasa
Lebaran Idulfitri masih 70 hari lagi. Namun, pengelola Bandara Internasional Hang Nadim sudah mulai berbenah untuk menyambut penumpang yang mudik. Tahun ini, diperkirakan jumlah penumpang akan meningkat, karena lebaran tahun lalu tidak ada warga Batam yang mudik lewat bandara karena adanya aturan Menteri Perhubungan yang melarang pesawat komersial mengangkut penumpang. Direktur
qwIVK. Makam Hang Tuah bukan di Tanjung Kling? Seingat aku sewaktu rombongan sekolah di tingkatan dua dulu kami pernah melawat perigi Hang Tuah. Lama sangat dah. What a wonderful experience dapat ikut rombongan sekolah bersama kawan-kawan. That's why aku izinkan je anak-anak ikut program sekolah jika kami mampu membayar yurannya kerana pengalaman dan keseronokan itu tak sama dengan berjalan bersama keluarga. You can be kreziii.. with friends! Dua minggu lepas kami singgah di Makam Hang Tuah. Walaupun ada pihak mendakwa bahawa kubur tersebut adalah milik seorang ulama Islam berasal dari Gujerat, India, kami tetaplah juga ingin melawat. Cerita tersebut bergenerasi lamanya jadi tak nak percaya pun tak boleh juga kan. Jadi kami pergi melawat as it is one of the declared historical site walaupun ada kajian yang lebih meyakinkan dari pihak yang berkaliber. Senang je nak jumpa Makam Hang Tuah ni... Melaka kan? Jalan ke depan sampai Peringgit, belok sini sampai Klebang, pergi ke situ sampai Tanjung Keling... dedekat belaka. Rasanya yang jauh pun 45 minit je. Yang buat lambat traffic lights dia, merembes peluh 😀 TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA- kata keramat Hang Tuah Sejarah Hang Tuah Hang Tuah berbapakan Hang Mahmud, seorang hulubalang istana. Dibawa berhijrah ke Duyong dari Bentan bersama ibunya Dang Merdu Wati. Beliau dan kawan-kawannya membantu menyelamatkan Melaka dari serangan lanun dan mula dikenali setelah menyelamatkan bendahara daripada serangan orang mengamuk. Beliau lahir pada tahun 1431 dan dinobatkan sebagai seorang pahlawan legenda pada masa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka di abad ke-15 di antara 1400-1511. Hang Tuah ialah laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Sultan dan merupakan pesilat yang amat handal di zamannya. Alfonso De Albuquerque dalam catatan peribadinya menyatakan ketika menakluk Melaka pada tahun 1511, seorang laksamana lelaki berusia 80 tahun dengan reputasi hebat serta berpengetahuan berhijrah ke Temasek selepas kejatuhan Melaka. Satu lagi catatan apotekari ahli perubatan Portugis yang berada di Melaka ketika itu, Tome Pires, menyatakan ketika Siam menyerang Melaka, Sultan Mansur Shah menghantar seorang laksamana dan berjaya menumpaskan 200 tentera Siam secara berseorangan. Walaupun catatan itu tidak menyebut nama Hang Tuah, berdasarkan nama Sultan yang memerintah Melaka ketika itu membuktikan pahlawan Melayu itulah yang dimaksudkan. Kajian Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia UPM, Profesor Emeritus Dr Hashim Musa turut menemukan bukti Hang Tuah pernah menjejakkan kaki ke Okinawa, Jepun. Beliau berkata demikian selepas pelancaran hasil penyelidikannya bersama Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM, Dr Rohaidah Kamaruddin melalui buku Hang Tuah Catatan Okinawa. Ia dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sempena hari Anugerah Buku Negara 2015. Hashim berkata, pihaknya ke Okinawa bulan lalu bagi meneliti dan mengkaji sebilah keris luk sembilan yang ditemui pada tahun 2002 di Kuil Engakuji, dalam daerah itu. Pasukannya turut menemui dokumen rasmi 19 surat Empayar Ryukyu 'Rekidai Hoan' berkaitan perutusan antara kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dan kerajaan di bawah jajahan China ketika itu. Tiga surat dalam dokumen berkenaan ditulis sendiri oleh Hang Tuah. Hang Tuah ke Ryukyu sekarang Okinawa selama beberapa minggu bagi pihak Sultan Melaka untuk menjalin hubungan diplomatik selain berniaga. Surat Hang Tuah itu tertulis senarai hadiah yang dibawa bersamanya, termasuk keris berluk sembilan. Sementara itu, generasi ke-12 Hang Tuah, Ismail Mohamed Yaacob, 50, berkata penemuan itu membuktikan sejarah yang dipertikaikan sebelum ini bukanlah BH online Batu tangga ini sama seperti di kawasan bersejaran di bandar Melaka. Adakah ia batu yang asli? "Takkan Melayu hilang di dunia" Inilah yang dikatakan makam Hang Tuah. Kubur sebenar Hang Tuah di Palembang Menurut penyelidikan Universiti Putra Malaysia UPM Hang Tuah dilihat kali terakhir di Temasek kini Singapura pada tahun 1511 ketika berusia 80 tahun. Agaknya selepas Melaka diserang Portugis kot. Zaman dahulu masyarakat nusantara ni bebas bergerak, tiada penggunaan passport tiada garis negara. Kalau kita baca sejarah Johor-Riau, sultan Johor memerintah dari Riau di zaman itu. Temasik pun masih dalam Tanah Melayu. Itu sebab penduduk belah Lingga Indonesia sana bahasanya 95 peratus sama dengan kita. Menurut kajian, Hang Tuah berkemungkinan berpindah pula ke Riau, Indonesia sebelum meninggal dunia di Palembang, kerana penduduk di situ mendakwa menemui kuburnya. Kewujudannya disahkan melalui kajian empirikal yang pertama kali menggunakan sumber dan artifak luar negara. Profesor Emeritus Dr Hashim Musa, yang mengetuai penyelidikan itu bagaimanapun berkata, penemuan kubur perlu dibuktikan melalui ujian asid deoksiribonukleik DNA keluarga Hang Tuah dengan tulang dari kubur berkenaan. Jadi... adakah boleh dibuat kesimpulan bahawa Makam Hang Tuah di Melaka tu hanyalah kubur peringatan?? Kenapa agaknya semua batu nisan di luar Makam Hang Tuah dicat putih? Ada juga nampak kubur lama yang pada pendapat aku jika dibiarkan dalam warna asalnya akan lebih authentic seperti kubur kristian di Pulau Pinang ni.
16 Januari 2016 616 PM KEHEBATAN Hang Tuah atau Tun Tuah sebagai seorang pahlawan ketika zamannya menyebabkan dia diangkat sebagai laksamana istana pada usia remaja. Setelah berguru bersama empat sahabat rapatnya, Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu di Gunung Tundok berdekatan Gunung Ledang, mereka pulang ke Kampung Duyong. Kelima-lima mereka dikatakan berguru dengan seorang lelaki bernama Seri Petala Adi Putera. Nama Hang Tuah mula disebut-sebut sehingga ke dalam istana ekoran peristiwa dia menyelamatkan Bendahara Tun Perak daripada amukan seorang lelaki berketurunan Jawa. Setelah diangkat sebagai laksamana, wujud perasaan iri hati dalam kalangan pemuda Melaka terhadap kehebatan Tuah. Sejak dari itu, hidup Tuah dikatakan tidak asing dari asakan fitnah yang datang satu per satu sehingga membawa kepada peristiwa dia dihukum bunuh oleh sultan yang memerintah ketika itu. Namun, menurut Pengerusi Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Duyong Pesawad, Khalid Hussin, Hang Tuah pada akhir zaman sebelum kejatuhan kerajaan kesultanan Melayu Melaka telah membawa diri ke Palembang, Indonesia kerana merajuk dengan Sultan Mahmud. “Oleh kerana itu, kita percaya bahawa makam Hang Tuah berada di Palembang. Menerusi apa yang ditulis oleh sepupu Hang Tuah, Tun Kola dalam manuskrip Hikayat Hang Tuah Duyong, laksamana Melayu terbilang itu terkesan dengan sikap dan perbuatan Sultan Mahmud yang banyak melakukan perkara tidak betul pada masa itu,” katanya kepada S2 baru-baru ini. Katanya, tindakan Hang Tuah yang membawa diri ke Palembang itu juga merupakan kesan daripada fitnah-fitnah yang dilontarkan kepadanya dan sikap sultan yang lebih mempercayai orang luar daripada mendengar pandangan panglima istananya sendiri. Malah, Hang Tuah sebenarnya dikatakan merupakan bapa mentua kepada Sultan Mahmud apabila baginda berkahwin dengan seorang anak Hang Tuah, Tun Sabariah. Maka, apabila Sultan Mahmud lebih mengutamakan pandangan orang luar yang banyak mempunyai agenda tersirat, Hang Tuah berkecil hati. Lalu, beberapa tahun sebelum kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada 1511, Hang Tuah membawa diri ke Palembang dan menetap bersama saudaranya, Tun Alam sehingga dia meninggal dunia di sana. Ironinya, Khalid berkata, semasa Hang Tuah menjadi panglima perang istana, Melaka beberapa kali berjaya menewaskan serangan Portugis yang begitu mendambakan Melaka sehingga penjajah itu merasa gerun dengan kehebatan laksamana Melayu itu. Manuskrip itu, katanya, ada menyebut ibu bapa Hang Tuah iaitu Tun Mahmud dan Tun Lela Wati dan beberapa pengikutnya belayar meninggalkan Palembang untuk mencari tanah baharu. Apabila mereka tiba di Pulau Besar, bapa kepada Tun Lela meninggal dunia dan dimakamkan di pulau itu. “Tun Mahmud menamakan kawasan yang dimudik di kuala sungai sebagai Kampung Duyong. Inilah kampung yang wujud pada hari ini. Tidak lama selepas itu, Hang Tuah dilahirkan di situ. “Hang Tuah berasal dari kampung ini. Dakwaan mengatakan Hang Tuah berasal dari Tanah Besar China tidak benar. Sebenarnya, Hang itu adalah gelaran bagi pahlawan Melaka. Ia bukanlah nama berketurunan Cina ataupun sebagainya seperti yang diandaikan banyak pihak,” katanya. Katanya, berdasarkan apa yang tertulis di dalam manuskrip itu, maka logik dikatakan dakwaan makam Hang Tuah di Palembang itu mempunyai asas yang lebih meyakinkan bahawa pahlawan itu meninggal dunia di Palembang. Pendek kata, kewujudan Hang Tuah bukan satu mitos. “Masyarakat di Palembang begitu mengagumi Hang Tuah. Mereka tahu kisah pahlawan Melayu ini. Malah mereka yakin Hang Tuah wujud berdasarkan bukti yang ada di sana. Jadi, bagaimana pula wujud dakwaan bahawa Hang Tuah ini mitos atau tidak wujud? Itu sesuatu yang menyedihkan,” katanya. Menyentuh mengenai kewujudan Hang Tuah, ujar Khalid, Hang Tuah merupakan simbol kekuatan orang Melayu sejak sekian lama. Dia merupakan figura yang menguatkan lagi semangat orang Melayu. Sewajarnya sejarah mengenai Hang Tuah diperkukuhkan dengan membangkitkan fakta logik mengenai kewujudannya. Bagi persatuan itu katanya, mereka tampil dengan fakta dan bukti yang menunjukkan Hang Tuah merupakan seorang insan yang pernah dilahirkan di bumi Melaka. Fakta sejarah yang dinukil sendiri oleh saudara Hang Tuah, Tun Kola di Kampung Duyong. Katanya, jika hendak disangkal, masakan kerajaan negeri mengangkat Kampung Duyong sebagai perkampungan Hang Tuah yang telah wujud selama 600 tahun. Malah, terdapat bukti fizikal seperti Masjid Laksamana Hang Tuah, Perigi Hang Tuah, beratus-ratus kubur purba dan Sungai Duyong yang menjadi penghubung penduduk kampung itu dan seluruh Melaka. Tambah Khalid, sesiapa yang mahu mengetahui kisah lengkap mengenai Hang Tuah dialu-alukan datang dan berjumpa dengannya mahupun ahli persatuan tersebut yang rata-rata terdiri daripada keturunan dan susur galur Hang Tuah di Kampung Duyong. “Walaupun manuskrip asli Hikayat Hang Tuah Duyong yang dikarang Tun Kola itu kini disimpan oleh Perpustakaan Negara Malaysia, namun persatuan ini mempunyai salinannya. Malah, ahli keluarga kami sempat menterjemahkan tulisan jawi kuno itu ke dalam tulisan rumi untuk difahami orang ramai mengenai kisah Hang Tuah,” katanya. Hang Tuah difitnah, meninggal di Palembang? - SUMBER
Ketua Yayasan Alam Melayu Sriwijaya MALAYA bersama sejumlah pengurus melakukan ziarah ke makam Hang Tuah yang terletak di Kompleks Pemakaman Raja Raja Palembang Cinde Walang pada tanggal 8 Januari 2017. Lokasi kompleks pemakaman ini terletak di belakang Pasar Cinde Palembang dan merupakan area kompleks pemakaman raja-raja Kesultanan Palembang Darussalam dan keturunannya. Kata Hang yang melekat di “Hang Tuah”, mirip dengan bahasa Melayu Ugan/Pasemah yang menyatakan Orang yaitu Ughang, disebutkan dengan menghilangkan / tidak terlalu terdengar pada huruf “U”, sehingga terdengar seperti “Hang” saja. Maka, bila mengacu pada bahasa itu, Hang Tuah itu merupakan gelar yang bermakna Orang Yang Beruntung. Menurut Pengerusi Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Duyong Pesawad, Khalid Hussin, dalam sebuah tulisan, Hang Tuah pada akhir zaman sebelum kejatuhan kerajaan kesultanan Melayu Melaka telah membawa diri ke Palembang, Indonesia kerana merajuk dengan Sultan Mahmud. “Oleh kerana itu, kita percaya bahawa makam Hang Tuah berada di Palembang. Menerusi apa yang ditulis oleh sepupu Hang Tuah, Tun Kola dalam manuskrip Hikayat Hang Tuah Duyong, laksamana Melayu terbilang itu terkesan dengan sikap dan perbuatan Sultan Mahmud yang banyak melakukan perkara tidak betul pada masa itu”. Lalu, beberapa tahun sebelum kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada 1511, Hang Tuah membawa diri ke Palembang dan menetap bersama saudaranya, Tun Alam sehingga dia meninggal dunia di Palembang. Wallahu a’lam Posted by in Kegiatan Tagged hang tuah, ziarah
MAKAM HANG TUAH DI PALEMBANGPenyelidikan dari Universiti Putra Malaysia UPM, mengenai keberadaan Hang Tuah, menunjukkan jejak terakhir Pahlawan Melayu itu berada di Temasik Singapura pada tahun 1511 ketika berusia 80 itu kemungkinan keluarga Hang Tuah berpindah ke Riau, dan menurut salah seorang zuriatnya, Hang Tuah mengakhiri hayatnya di Hang Tuah menurut kuncen setempat, letaknya di kompleks Pemakaman Kerajaan Palembang Darussalam, jln. Candi Welan, tepatnya berada disisi kanan makam raja dan keluarga Hang Tuah di Palembang, didukung pendapat dari Ismail Mohamed Yacob, yang mengaku sebagai generasi ke-12 keturunan Laksamana Hang yang menetap di Singapura, masih menyimpan bukti berupa dua gelang tangan peninggalan Hang Tuah serta manuskrip tulisan tangan Hikayat Hang Tuah yang ditulis oleh Tun Kulah sepupu Hang Tuah.Teori Kehadiran Hang Tuah di PalembangKehadiran Laksamana Hang Tuah di Palembang, diperkirakan terkait dengan persiapan Pasukan Palembang, untuk menyerang Portugis yang saat itu telah menguasai selat mencatat, setidaknya Armada Laut Palembang bersama-sama Kesultanan Demak, terlibat 2 dua kali pertempuran melawan Portugis, yakni pada tahun 1512 dan tahun Dari InternetOleh Mohd Aziz Shah
“Saya juga mempunyai bukti Hang Tuah mati di Palembang kerana sakit tua. “Kubur Hang Tuah yang ada di Tanjung Kling sekarang bukannya kubur Hang Tuah tetapi milik seorang ulama Islam berasal dari Gujerat, India Edisi Nasional Cucu Hang Tuah Oleh Yusri Abdul Malek dan Mohd Yatim Latif am MELAKA Seorang lelaki, Ismail Mohamed Yaacob, 40, mendakwa sebagai generasi ke-12 keturunan Laksamana Hang Tuah yang terkenal kerana kesetiaan dan jasa kepada beberapa sultan Melaka sepanjang sejarah Kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511. Ismail yang lahir dan menetap di Singapura mendakwa mempunyai bukti iaitu dua gelang tangan yang dikatakan dipakai Hang Tuah dan berusia lebih 500 tahun serta manuskrip tulisan tangan Hikayat Hang Tuah yang ditulis Tun Kulah atau Kola yang juga sepupu Hang Tuah. Gelang berkenaan yang didakwa bertatah batu petir dipercayai disimpan turun-temurun dan diwarisinya hingga kini. “Pendedahan mengenai keturunan Hang Tuah ini bukan mempunyai apa-apa kepentingan tetapi saya cuma mahu generasi hari ini tahu bahawa cerita Hang Tuah adalah benar dan bukan rekaan atau dongeng,” katanya ketika ditemui. Ismail berkata, semua keturunannya tinggal di Kampung Sungai Duyong, di sini, sejak zaman-berzaman tetapi pada sekitar 1940-an, bapanya, Muhamad Yaacob Abdullah terpaksa melarikan diri ke Singapura selepas diburu komunis yang mengganas ketika itu. Menurutnya, disebabkan sayangkan generasinya, dia sendiri menjalankan kajian terperinci berhubung salasilah dan susur-galur Hang Tuah bagi membuktikan Hang Tuah benar-benar hidup ketika zaman kesultanan Melayu Melaka. “Saya akui terdapat 11 versi cerita Laksamana Hang Tuah yang berbeza disebabkan tiada pihak mahu mengkajinya secara mendalam. “Saya juga mempunyai bukti Hang Tuah mati di Palembang kerana sakit tua. “Kubur Hang Tuah yang ada di Tanjung Kling sekarang bukannya kubur Hang Tuah tetapi milik seorang ulama Islam berasal dari Gujerat, India. “Semua ini diceritakan dari generasi ke generasi dan ia fakta sejarah. Jika benar dalam Sejarah Melayu mengatakan Hang Tuah mati di Tanjung Kling, kenapa penduduk sekitar yang tinggal di situ menafikan fakta itu. “Penduduk yang tinggal di Tanjung Kling sejak turun-temurun sudah pasti tahu kubur siapa yang ada di kampung mereka berdasarkan cerita dari mulut ke mulut,” katanya. Ismail juga mendakwa mempunyai bukti bergambar bahawa makam Hang Tuah ada di Palembang. Begitu juga makam Hang Lekir, Lekiu dan Kasturi yang didakwa masih ada di Bintan, Kepulauan Riau. Menurutnya, dia sudah menjual manuskrip asal Hikayat Hang Tuah kepada Perpustakaan Negara sekitar 1990-an dengan harga RM20,000. “Naskhah itu diakui asli oleh Perpustakaan Negara dan kini sedang dipulihara,” katanya. Katanya, dia juga pernah berjumpa pihak Perbadanan Muzium Melaka Perzim berhubung dakwaan itu tetapi Perzim tidak mengambil langkah untuk meneliti atau menyiasatnya. “Saya berharap sejarah ini dikaji semula demi generasi akan datang dan saya sedia bekerjasama dengan Perzim,” katanya. About Sifuli Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam agama Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam. This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.
makam hang tuah di palembang